KONSEP KESIHATAN
Pada asalnya, konsep 'kesihatan' bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan kecacatan dan penyakit.
Pada asalnya, konsep 'kesihatan' bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan kecacatan dan penyakit.
Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang lebih luas. Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua 54 orang wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa 'kesihatan' bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja.
Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan saling betindak antara satu sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku pada salah satu komponon itu tentu akan menganggu dua komponen lain.
Ekoran daripada definisi tersebut, kini terdapat dua lagi komponen yang dikenalpasti penting dalam kesihatan, iaitu komponen emosi dan rohani.
Hoyman (1962) menakrifkan 'kesihatan' sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar).
KESIHATAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN DIRI
Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini.
Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing.
Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit.
Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih.
Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian, sukan atau permainan.
CARA HIDUP YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN
Beberapa faktor dalam kehidupan manusia boleh mempengaruhi kesihatan diri seperti pekerjaan, kegiatan sosial, gizi makanan dan alam sekitar.
Cara hidup pada zaman dahulu jauh berbeza daripada zaman teknologi moden. Manusia terpaksa bekerja dengan tangan tanpa bantuan mesin yang canggih. Kerja harian yang melibatkan aktiviti sosial sebenarnya membantu manusia membentuk kecergasan fizikal dan kesihatan badan.
Keadan kurang aktiviti fizikal sebenarnya berkecenderungan menimbulkan penyakit kaediovaskular dan tekanan darah tinggi.
Penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang berkaitan dengan sistem perederan darah, tekanan darah dan jantung.
Pengambilan gizi yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku pada pesakit.
Tabiat suka makan makanan yang digoreng yang lazimnya mengandungi kolestrol ialah salah satu faktor utama berlakunya gejala penyakit ini. Pengambilan gula yag keterlaluan juga boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular di samping penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kegendutan dan penyakit kencing manis.
Kegiatan sosial yang sentiasa melibatkan jamuan secara besar-besaran juga merupakan salah aktiviti yang kurang sihat.
Permainan atau sukan yang melibatkan penyertaan orang ramai seperti badminton, tenis dan bola sepak boleh mendatangkan perasaan gembira, menyihatkan badan dan mendatangkan semangat kerjasama.
Keadaan keluarga memainkan peranan penting untuk memupuk tabiat yang sihat, khususnya dalam diri individu dan masyarakat amnya.
Keluarga yang mesra dan harmoni, serta sentiasa mengamalkan sikap sayang menyayangi dapat mendorong membentuk individu dan masyarakt yang sihat bukan sahaja dari segi sosial bahkan juga mental dan fizikal.
Alam sekitar yang tercemar juga mempengaruhi kesihatan seseorag. Kesihatan seseorang akan terancam apabila dia tinggal atau bekerja di tempat yang banyak pencemar seperti debu, asap, kabut, karbon manoksida, sulfur dioksida, oksida nite.
2 comments:
Bagus dengan artikel ni.artikel ni membantu kita untuk menjadi lebih sihat.sekiranya badan kita sihat,kita senang untuk beribadah kepada tuhan yang menciptakan kita.janganlah kita lupa terhadapnya di atas kudrat yang telah dikurniakan.selagi kita mampu,teruskanlah...jihad fillah.takbir!!!!!
salam ukhwah fillah...
wah, ini adalah salah satu info yang menarik perhatian saya...boleh dijadikan panduan dalam menjaga kesihatan. pemakanan yang baik dan cara hidup yang sihat akan membawa kebahagiaan kepada kita sama ada di dunia dan di akhirat.di duania, dengan badan yang sihat, kita dapat menjalankan ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah, manakala di akhirat mendapat ganjaran hasil daripada amalan-amalan yang kita lakukan di dunia...
fikir-fikirkan...
Post a Comment