Thursday, September 25, 2008

Islam Dan Bahaya Kemurtadan


Dewasa ini, masyarakat Islam menghadapi serangan-serangan yang keras yang bertujuan untuk mencabut nilai-nilai Islam dari akarnya. Di antaranya ini dilakukan melalui serangan pendakwah Kristian yang bekerjasama dengan imperialis Barat. Mereka terus melakukan aktiviti tersebut di dunia Islam terutamanya di wilayah minoriti Islam, bertujuan untuk mengkristiankan kaum Muslimin di dunia sebagaimana yang diumumkan dalam muktamar 'Colorado' pada tahun1978 yang membahas tidak kurang daripada empat puluh agenda seputar Islam dan kaum Muslimin termasuk strategi untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan kaum Muslimin dengan dana seribu juta dolar. Selain itu, telah didirikan lembaga 'Zwemmer' untuk mengeluarkan para pakar dalam bidang mengkristiankan kaum muslimin. Bahaya besar yang dihadapi oleh masyarakat adalah ancaman terhadap akidah. Oleh kerana itu, murtad daripada agama atau kufur setelah iman merupakan bahaya terbesar bagi masyarakat Islam.

1 comment:

anjung SYURA said...

kita sebagai umat Islam perlu mempertahankan akidah supaya kita tidak terpengaruh serta mampu berdepan dengan golongan sekular dan orientalis yang semakin giat untuk menghancurkan umat Islam.

-sYuRa-