Saturday, October 11, 2008

Perundangan Islam...


Pelaksanaan undang-undang Islam adalah suatu tuntutan agama yang perlu dilaksanakan serta merupakan salah satu ciri untuk kesempurnaan identiti negara Islam yang pernah diwar-warkan suatu ketika dahulu oleh seorang pemimpin negara.

Perlembagaan mencerminkan transformasi bangsa dan perlembagaan sesebuah negara boleh berubah.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam sebuah persidangan. Maka sewajarnya disusuli dengan tindakan bagi menjadikan perisytiharan tersebut menjadi suatu realiti.

Sepatutnya selepas negara Islam bebas daripada kuasa penjajah , langkah-langkah positif perlu diambil bagi mengembalikan semula undang-undang Islam ke pangkuan umat.Untuk itu perlulah kepada penyediaan dan penggubalan undang-undang yang lengkap untuk mengambil alih undang-undang penjajah dan membina kefahaman umat terhadap kepentingan undang-undang Islam untuk kekuatan negara dan perpaduan umat serta menyusun sistem pentadbiran kehakiman yang sesuai dengan keperluan undang-undang Syariah Islamiah.

No comments: